UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Forum Komunikasi Antarabangsa Kebudayaan Cina 2022 Diadakan di BFSU

发布时间:2022-11-30


Pada 10 November, Forum Komunikasi Antarabangsa Kebudayaan Cina 2022 yang dihoskan oleh Pusat Komunikasi Kebudayaan Antarabangsa, Kumpulan Komunikasi Antarabangsa China, Institut Komunikasi Antarabangsa Kebudayaan Cina di BFSU dan Pusat Penyelidikan Tamadun Cina, Institut Kebudayaan Cina telah diadakan di BFSU.

Jiang Jianguo, Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Ke-13 Persidangan Perundingan Politik Rakyat China merangkap Timbalan Pengarah Jawatankuasa Etnik dan Agama; Ji Lin, Naib Presiden Pertama Institut Kebudayaan Cina; Du Zhanyuan, Ketua Pengarah Pentadbiran Penerbitan Bahasa Asing China, Yang Dan, Timbalan Setiausaha Jawatankuasa PKC BFSU merangkap Presiden BFSU, Luo Xianliang, Timbalan Setiausaha Jawatankuasa PKC Istana Kuno merangkap Timbalan Presiden Istana Kuno, Jia DeyongKetua Setiausaha Persatuan Konfusianisme Antarabangsa menghadiri majlis di samping menyampaikan ucapan. Hampir 100 tetamu China dan asing mengadakan pertukaran mendalam dalam talian dan luar talian. Wang Dinghua, Setiausaha Jawatankuasa PKC BFSU mengadakan pertemuan dengan tetamu sebelum mesyuarat itu dijalankan. Lu Cairong, Timbalan Ketua Pengarah Pentadbiran Penerbitan Bahasa Asing China mempengerusikan majlis perasmian forum itu, manakala acara ucaptama dipengerusikan oleh Zhao Gang, ahli Jawatankuasa Tetap PKC BFSU merangkap Naib Presiden BFSU.

Dengan memfokuskan kepada tema "Komunikasi Antarabangsa Tamadun Cina dan Saling Belajar antara Tamadun Cina dengan Tamadun Asing di Era Baru", forum itu menjemput penyelidik terkemuka dalam bidang pengajian komunikasi antarabangsa tamadun Cina, sarjana terkenal dan elit industri dari dalam dan luar negara serta ahli sinologi muda dari Rusia, Afrika, Amerika Latin dan tempat-tempat lain dengan latar belakang pelbagai budaya untuk bersama-sama berbincang tentang nilai kontemporari dan kepentingan dunia tamadun Cina, meneroka cara inovasi dan kerjasama dalam komunikasi antarabangsa kebudayaan Cina, dan membincangkan pembinaan komuniti masa depan bersama untuk manusia melalui dialog antara pelbagai tamadun. Terdapat empat subforum selari di bawah forum utama supaya para penyelidik dan pakar dapat bersama-sama membincangkan cara komunikasi antarabangsa kebudayaan Cina dari perspektif-perspektif seperti, "pembelajaran sesama tamadun dan integrasi antara China dengan negara asing", "pendigitalan dan komunikasi antarabangsa kebudayaan", "perusahaan multinasional dan komunikasi kebudayaan Cina" dan "ahli sinologi muda dan komunikasi kebudayaan Cina".

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC