UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Majlis Pelancaran Pengajian Antarabangsa Konfusianisme (Versi Bahasa Inggeris) dan Seminar Diadakan di BFSU

发布时间:2022-11-29


Pada 26 Ogos, Majlis Pelancaran Pengajian Antarabangsa Konfusianisme (Versi Bahasa Inggeris) dan seminar telah diadakan di BFSU. Ia ditaja bersama oleh Persatuan Antarabangsa Konfusianisme dan BFSU, dianjurkan pula oleh FLTRP. Liu Yandong, Presiden Persatuan Antarabangsa Konfusianisme mengirim ucapan tertulis kepada majlis ini.

Chen Lai, Timbalan Ketua Pengarah Persatuan Antarabangsa Konfusianisme, Wang Nianning, Zhang Xuezhi, Li Yan, Wang Xuedian dan An LezheRoger T.Ames, Naib Presiden Persatuan Antarabangsa Konfusianisme, Jia Deyong, Ketua Setiausaha Persatuan Antarabangsa Konfusianisme, Yang Dan, Ketua Editor Pengajian Antarabangsa Konfusianisme (Versi Bahasa Inggeris) merangkap Presiden BFSU dan Timbalan Setiausaha Jawatankuasa PKC BFSU, Chen Rui, Pengarah Bahagian Pengajaran dan Penerbitan Jabatan Sains Sosial Kementerian Pendidikan, Wang Fang, Setiausaha Jawatankuasa PKC FLTRP merangkap Presiden FLTRP dan tetamu yang lain menghadiri majlis ini. Chen Rui, Chen Lai, Jia Deyong dan Yang Dan bersama-sama melancarkan Pengajian Antarabangsa Konfusianisme (Versi Bahasa Inggeris). Majlis ini dipengerusikan oleh Zhao Gang, Ahli Tetap Jawatankuasa PKC BFSU merangkap Naib Presiden BFSU.

Pengajian Antarabangsa Konfusianisme ialah penerbitan penting Persatuan Antarabangsa Konfusianisme yang merupakan jambatan penting untuk mempromosikan dialog antara peradaban pelbagai negara, memimpin inovasi akademik, menunjukkan hasil kajian yang baik, dan menjalinkan hubungan persahabatan rakyat pelbagai negara. Pada Mei 2021, Persatuan Antarabangsa Konfusianisme bersama-sama Universiti Tsinghua melancarkan Pengajian Antarabangsa Konfusianisme (Versi bahasa China). Penerbitan versi bahasa Inggeris ini akan terus mendorong penyebaran Konfusianisme dan budaya tradisional China di arena antarabangsa, menyediakan kebijaksanaan China dan pemikiran China untuk menyelesaikan masalah dan krisis dunia hari ini, dan juga membina platform interaktif untuk penyelidik Konfusianisme dan budaya tradisional China di seluruh dunia supaya mereka dapat mencipta idea, bertukar pandangan dan mengadakan perbincangan.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC