UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

“Kelas Guru Konfusianisme dan Budaya Cina Antarabangsa 2022”Bermula

发布时间:2022-11-29



Pada 18 Julai, majlis perasmian “Kelas Guru Konfusianisme dan Budaya Cina Antarabangsa 2022” berjaya dianjurkan bersama oleh BFSU dan Persatuan Konfusianisme Antarabangsa (ICA). Zhang Xuezhi, Naib Presiden ICA dan Zhao Gang, Ahli Jawatankuasa Tetap PKC BFSU merangkap Naib Presiden BFSU menghadiri majlis ini. Selain itu, An LezheRoger T.Ames, ahli falsafah perbandingan falsafah China dan Barat yang terkenal di dunia selaku ketua pakar asing Institut Komunikasi Antarabangsa Budaya Cina di BFSU dan Naib Presiden ICA serta para pakar dan pelajar dalam kelas guru tahun ini turut menyertai majlis tersebut.

Kelas guru selama 13 hari ini akan diajar dalam talian dengan menggunakan bahasa China dan bahasa Inggeris. Terdapat 160 orang lebih dari institut pengajian tinggi di 24 negara mengambil bahagian dalam kelas ini. Negara-negara tersebut termasuk, Maghribi, Pakistan, Switzerland, China, Mesir, India, United Kingdom, Ireland, Uruguay, Afghanistan, Australia, Rusia, Argentina, Azerbaijan, Venezuela, Amerika Syarikat, Lithuania, Iran, Albania, Kazakhstan, Ecuador, Peru, Brazil dan Turki.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC