UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

BFSU Menambah 21 Tapak Pembinaan Disiplin Peringkat Sarjana Muda Kelas Pertama Negara

发布时间:2022-06-26


Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan mengumumkan senarai Tapak Pembinaan Disiplin Peringkat Sarjana Muda Kelas Pertama Negara dan Provinsi 2021. Terdapat 21 disiplin di BFSU diiktiraf sebagai Tapak Pembinaan Disiplin Peringkat Sarjana Muda Kelas Pertama Negara, termasuk kewangan, bahasa Sanskrit Pali, bahasa Indonesia, bahasa Hindi, bahasa Vietnam, bahasa Hausa, bahasa Swahili, bahasa Slovak, bahasa Serbia, bahasa Greek, bahasa Bengali, bahasa Belanda, bahasa Finland, bahasa Ukraine, bahasa Norway, bahasa Denmark, bahasa Latin, sains dan teknologi komputer, pentadbiran maklumat dan sistem maklumat, pentadbiran perniagaan, dan e-dagang. Selain itu, terdapat 10 disiplin diiktiraf sebagai Tapak Pembinaan Disiplin Peringkat Sarjana Muda Kelas Pertama Provinsi, iaitu bahasa Filipina, bahasa Mongolia, bahasa Urdu, bahasa Ibrani, bahasa Nepal, bahasa Croatia, bahasa Iceland, bahasa Zulu, bahasa Amharic dan bahasa Armenia. Setakat ini, BFSU telah mempunyai 54 buah Tapak Pembinaan Disiplin Peringkat Sarjana Muda Kelas Pertama Negara dan 18 buah Tapak Pembinaan Disiplin Peringkat Sarjana Muda Kelas Pertama Provinsi.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC