UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Majlis Pelancaran Konsortium Pengajian Negara dan Rantau (CCAS) Diadakan di BFSU

发布时间:2022-06-24

Pada 29 April 2022, Majlis Pelancaran Konsortium Pengajian Negara dan Rantau (CCAS) berjaya diadakan di BFSU.

CCAS disyorkan oleh Persekutuan Global Universiti-universiti Pengajian Asing (GAFSU). CCAS terdiri daripada sarjana yang datang dari 181 buah negara yang menggunakan lebih daripada 100 jenis bahasa. Mereka membentuk rangkaian akademik cendekiawan antarabangsa dengan mengamalkan idea “Better Understanding, Better World”.

Yang Dan, Pengerusi GAFSU merangkap Presiden BFSU menyampaikan ucapan alu-aluan dan berkongsi pandangannya mengenai penubuhan CCAS daripada tiga aspek: Pertama, untuk menangani cabaran global dan berkongsi peluang global, sarjana dalam bidang pengajian negara dan rantau perlu bekerjasama; Kedua, sarjana dalam bidang pengajian negara dan rantau harus memecahkan halangan untuk menjalinkan hubungan kerjasama, menggalakkan kerjasama yang pragmatik, menggalakkan kajian silang disiplin, dan mendorong inovasi akademik; Ketiga, kerjasama antara  sarjana dalam bidang kajian rantau dan negara perlu memberikan perhatian kepada penyertaan global, terutamanya sumbangan daripada negara membangun.

Irina Bokova, bekas Ketua Pengarah UNESCO, Li Yansong, Presiden Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Shanghai, Chang Qide, Penyelaras Sistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di China, Qian Chengdan, Dekan Institut Penyelidikan Rantau dan Negara, Universiti Peking, Zhang Shuhua, Pengarah Institut Pengajian Dasar, Akademi Sains Sosial China, dan Zhang Wei, Pengarah Institut Pengajian China, Universiti Fudan, masing-masing menyampaikan ucapan.

Wang Dinghua, Pengerusi Majlis Universiti BFSU, Yang Dan, Pengerusi GAFSU merangkap Presiden BFSU, dan An Lezhe, Presiden Persekutuan Pengajian Budaya Konfusianisme Sedunia bersama-sama merasmikan CCAS. Logo dan visi CCAS turut diumumkan pada majlis pelancaran itu.

Selepas majlis pelancaran, Forum Pembangunan Disiplin Pengajian Negara dan Rantau Sedunia turut diadakan.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC