UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Perkhidmatan Sukan Olimpik Musim Sejuk BFSU Mendapat Pujian daripada Jawatankuasa Perbandaran Beijing dan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing

发布时间:2022-06-24

 

Pada 19 April, Mesyuarat Pujian Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 Beijing telah diadakan di Shougang.

Pasukan Khidmat Sukarelawan Sukan Olimpik Musim Sejuk BFSU dan Pusat Panggilan Berbilang Bahasa untuk Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing 2022 masing-masing dianugerahkan gelaran "Kumpulan Unggul untuk Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing 2022". Sukarelawan Sukan Olimpik Musim Sejuk BFSU, Liu Zhipeng dan Ye Wen Xiaoyu masing-masing dianugerahkan gelaran "Individu Unggul dalam Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing 2022". Presiden merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Universiti BFSU, Yang Dan dan 20 orang wakil guru dan pelajar sukarelawan Sukan Olimpik Musim Sejuk BFSU menghadiri mesyuarat itu.

Semasa Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing 2022, BFSU telah menghantar 900 orang sukarelawan untuk berkhidmat di kesemua 10 tempat pertandingan di kawasan bandar Beijing dan Zhangjiakou, tiga Kampung Sukan Olimpik Musim Sejuk, plaza anugerah, serta 13 lokasi bukan tempat pertandingan, termasuk ibu pejabat Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk, Pusat Media Utama, Pusat Berita Gunung dan Hotel Keluarga Olimpik. BFSU merupakan universiti yang paling banyak menghantar sukarelawan profesional dan kadar liputan sukarelawannya juga mencecah peratusan yang tertinggi. Pada masa yang sama, BFSU bertanggungjawab terhadap pembinaan kemudahan perkhidmatan Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk, iaitu Pusat Panggilan Berbilang Bahasa yang berfungsi sebagai sokongan terhadap keadaan kecemasan dan penjagaan terhadap kelancaran pertandingan, di samping memenuhi keperluan bahasa delegasi dan pelbagai pihak yang mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk.

 

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC