UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Upacara Pembukaan Semester untuk Pelajar Baharu Gred 2021 Dianjurkan di BFSU

发布时间:2021-09-17

Pada pagi 7 September, upacara pembukaan semester untuk pelajar baharu gred 2021 dianjurkan secara meriah di gim, kampus timur BFSU. Terdapat 3,400 orang pelajar sarjana muda, pelajar sarjana, calon Ph.D dan pelajar asing telah memulakan kehidupan yang baharu di BFSU. Wu Hongbo, mantan Timbalan Ketua Setiausaha PBB, Wakil Khas Pengurusan Hal-Ehwal Eropah Kerajaan China, alumnai gred 1973 Institut Bahasa Inggeris, Wang Dinghua, Pengerusi Majlis Universiti BFSU, Yang Dan, Timbalan Pengerusi Majlis Universiti BFSU merangkap Presiden BFSU, Jia Wenjian, Timbalan Pengerusi Majlis Universiti BFSU merangkap Timbalan Presiden BFSU, Sun Youzhong, Ahli Tetap Majlis Universiti BFSU merangkap Timbalan Presiden BFSU, Hu Zhigang, Timbalan Pengerusi Majlis Universiti BFSU merangkap Presiden Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin, Su Dapeng, Timbalan Pengerusi Majlis Universiti BFSU, Ding Hao, Ahli Tetap Majlis Universiti BFSU merangkap Timbalan Presiden BFSU dan Zhao Gang, Ahli Tetap Majlis Universiti BFSU merangkap Timbalan Presiden BFSU menghadiri upacara ini. Yang Dan mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu gred 2021, mengucapkan tahniah kepada mereka, di samping menyampaikan ucapan yang bertajuk “Berdasarkan Bahasa, Melangkaui Bahasa dan Menjadi Penyumbang kepada Perkembangan Global”.


 

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC