UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Mesyuarat Pendidikan Bahasa China Antarabangsa 2019 Dianjurkan, BFSU Dianugerahi “Organisasi Kerjasama China yang Unggul” untuk Kali Kelima

发布时间:2020-09-29


Pada 9-10 September, Mesyuarat Pendidikan Bahasa China Antarabangsa 2019 dianjurkan di Changsha. Sun Chunlan, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Lembaga Ibu Pejabat Institut Kongzi menghadiri majlis perasmian dan menyampaikan ucapan. Mesyuarat dipengerusikan oleh Chen Baosheng, Menteri Pendidikan merangkap Timbalan Pengerusi Lembaga Ibu Pejabat Institut Kongzi.

Mesyuarat kali ini bertemakan “Inovasi dan Perkembangan Pendidikan Bahasa China Antarabangsa pada Era Baharu”. Sebuah forum dan 32 buah bengkel dianjurkan untuk membincangkan topik-topik seperti, “Bahasa China+Kemahiran Vokasional”, dasar, standard, tenaga pengajar, bahan-bahan rujukan, cara pengajaran, peperiksaan dan pembinaan program jenama pendidikan bahasa China antarabangsa, serta pendalaman kerjasama di dalam dan di luar negara. Terdapat lebih daripada 1,000 orang wakil dari Institut Kongzi dan Institut Pendidikan Bahasa China di lebih daripada 160 negara dan kawasan telah menghadiri mesyuarat ini. Yan Guohua, ahli tetap Jawatankuasa Pariti Komunis China merangkap Timbalan Naib Canselor BFSU juga diundang untuk menghadiri mesyuarat kali ini.


2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC