UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Presiden El Salvador, Bouguer Mengunjungi BFSU, Menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dan Menyampaikan Ucapan

发布时间:2020-09-29


Pada petang 4 Disember, Presiden El Salvador, Bouguer mengunjungi BFSU, menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dan menyampaikan ucapan. Majlis Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah kepada Presiden El Salvador, Bouguer diadakan di Dewan Antarabangsa, Bangunan Arab.

Bouguer, Presiden El Salvador dan isterinya, Gavrela de Burke, Maria Ruisa Ayem, Menteri Ekonomi El Salvador, Pablo Enrique, Menteri Pertanian dan Peternakan El Salvador, Morena Valdes, Menteri Pelancongan El Salvador, Lan Hu, Timbalan Direktor Bahagian Amerika Latin, Kementerian Luar Negeri China, Yang Dan, Presiden BFSU dan Yan Guohua, Timbalan Naib Canselor BFSU menghadiri majlis ini. Majlis ini dipengerusikan oleh Yan Guohua.

Yang Dan mewakili Wang Dinghua, Pengerusi Majlis Universiti BFSU, para pelajar dan pensyarah BFSU memberikan ucapan alu-aluan. Beliau mengucapkan selamat datang kepada Bouguer, Presiden El Salvador dan berterima kasih atas kehadiran rombongannya pada hari ini. Yang Dan menunjukkan bahawa lawatan Presiden Bouguer kali ini menunjukkan perasaan mesra rakyat El Salvador terhadap rakyat China, di samping membuktikan komunikasi dan pertukaran dalam kalangan rakyat kedua-dua negara. Diharapkan bahawa melalui lawatan presiden kali ini, rakyat El Salvador dapat merasai perasaan mesra rakyat China juga. Selain itu, diharapkan bahawa kedua-dua negara akan meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang dan membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Yang Dan memperkenalkan sejarah dan pencapaian BFSU, terutama sekali perkembangan Jurusan Bahasa Sepanyol. Beliau mengatakan bahawa Presiden Bouguer melawat ke BFSU dan menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah merupakan kebanggaan BFSU. Yang Dan turut mengundang Presiden Bouguer mengunjungi BFSU selalu sebagai alumni, mendorong komunikasi dan pertukaran antara BFSU dengan El Salvador, menyokong perkembangan Pusat Pengajian Amerika Latin BFSU, dan mencipta sejarah baharu dalam hubungan China dengan El Salvador.

Yan Guohua mengumumkan Keputusan Bersetuju untuk Menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah kepada Bouguer, Presiden El Salvador yang diluluskan oleh Jawatankuasa Ijazah Akademi Dewan Negara. Yang Dan menyampaikan Sijil Ijazah Kehormat Doktor Falsafah kepada Bouguer, Presiden El Salvador.

Kemudiannya, Bouguer menyampaikan ucaptama. Beliau memperkenalkan El Salvador, ciri-ciri bangsanya dan kedudukan geografinya yang istimewa. Beliau turut menunjukkan bahawa China dan El Salvador yang merupakan jiran negara mesra sama-sama mempunyai rakyat yang rajin dan berani, di samping kedua-dua kerajaan memperoleh sokongan rakyat secara meluas. Beliau berharap, China dapat mengukuhkan hubungan dengan Amerika Latin melalui komunikasi dengan El Salvador.

Bouguer menyanjung tinggi sumbangan China dalam mendorong proses globalisasi. Beliau menunjukkan bahawa era lepas globalisasi telah tiba, menurutnya, seiring dengan peningkatan taraf globalisasi masyarakat manusia, hubungan antara pelbagai negara menjadi semakin pantas dan mendalam. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, wujud juga pelbagai masalah, maka setiap negara harus berusaha untuk menghapus prasangka antara satu sama lain, dan menyelesaikan masalah kemiskinan dan ketidakadilan melalui kerjasama pelbagai hala. Setiap orang juga harus menanggung tanggungjawab masing-masing dan berusaha untuk merealisasikan dunia yang tidak ada kelaparan dan kemiskinan. Bouguer berharap bahawa China dan El Salvador akan mengadakan kerjasama yang lebih mendalam pada era lepas globalisasi, di samping mendorong perkembangan hubungan kedua-dua negara.

Setelah ucaptama Bouguer, Yang Dan menyampaikan hasil kaligrafi seorang pelajar Jurusan Bahasa Sepanyol yang bernama Shi Wen. Dengan tulisan kaligrafi yang berbunyi “China dan El Salvador Berhubungan Baik, Memajukan Negara Bersama-sama”, Yang Dan berharap hubungan persahabatan China dan El Salvador akan kekal abadi.

Terdapat lebih daripada 300 orang menghadiri majlis penganugerahan ijazah ini, termasuk wakil-wakil rombongan El Salvador, wakil pelajar dan pensyarah BFSU serta wakil pelajar El Salvador.


2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC