UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Radek Vondráček, Yang Dipertua Dewan Rakyat Czech Mengunjungi BFSU dan Menyampaikan Ucapan

发布时间:2020-09-29

Pada pagi 7 November, Radek Vondráček, Yang Dipertua Dewan Rakyat Czech mengunjungi BFSU dan menyampaikan ucapan. Duta Besar Czech ke China, Vladimír Tomšík, Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Dewan Rakyat Czech, Timbalan Menteri Perusahaan dan Industri Czech turut mengikut rombongan melawat ke BFSU. Yang Dan, Presiden BFSU bertemu dengan rombongan Yang Dipertua Dewan Rakyat, di samping menghadiri majlis alu-aluan dan memberikan ucapan. Majlis ini dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor BFSU, Yan Guohua.

Yang Dan mewakili BFSU dan Wang Dinghua, Pengerusi Majlis Universiti BFSU menyampaikan ucapan alu-aluan kepada rombongan Radek Vondráček. Dalam ucapannya, beliau mengimbas kembali sejarah hubungan komunikasi antara China dengan Czech, terutama sekali sumbangan pensyarah generasi tua BFSU terhadap pengajaran dan pengajian bahasa Czech. Yang Dan menunjukkan bahawa 2019 merupakan ulang tahun ke-70 penjalinan hubungan diplomatik China dengan Czech sempena ulang tahun ke-65 penubuhan Jurusan Bahasa Czech di BFSU. Sekian lama ini, kerajaan Czech dan Kedutaan Besar Czech ke China memberikan sokongan kuat kepada BFSU. Diharapkan bahawa kedua-dua pihak bekerjasama dan berganding bahu untuk mencipta masa depan yang lebih cerah kepada pengajian Bohemian di China dan perkembangan hubungan persahabatan China dengan Czech.

Radek Vondráček memberikan ucapan yang bertajuk “Peranan Czech di Daerah Eropah Tengah dan Persatuan Eropah”. Beliau menunjukkan bahawa Czech mempunyai kekuatan industri yang kuat. Di samping mematuhi dasar-dasar Persatuan Eropah, Czech juga mengekalkan dasar perdagangan yang terbuka. China mendahului negara lain dari segi pembinaan kemudahan asas, maka menyertai cadangan “Satu Jajaran, Satu Laluan” akan membawa manfaat kepada perkembangan ekonomi di Czech. China merupakan rakan perdagangan Czech yang terbesar di Asia, Czech sudi bekerjasama dengan China untuk meluaskan bidang kerjasama, mengukuhkan lagi persefahaman dan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara. Dalam sesi soal jawab, Radek Vondráček menjawab beberapa soalan yang dikemukakan, seperti “Adakah Czech sudi menyertai Zon Euro?”, “Apakah pengaruh pembebasan British daripada Persatuan Eropah?” dan “Apakah masa depan untuk kerjasama antara China dengan Czech?”.

Sebelum ucapan bermula, pelajar-pelajar dalam Jurusan Bahasa Czech mempersembahkan tarian tradisional Mazurka yang popular di daerah Eropah Tengah, di samping menyanyi lagu Czech yang terkenal, iaitu Bunyi Loceng yang Bahagia. Persembahan yang menarik itu mendapat sanjungan tinggi daripada para tetamu.


2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC