UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Presiden Peng Long menghadiri Mesyuarat Ke-4 Mekanisme Pertukaran Kemanusiaan Peringkat Tinggi China-Perancis.

发布时间:2019-04-26

Mesyuarat Ke-4 Mekanisme Pertukaran  Kemanusiaan Peringkat Tinggi China-Perancis dijalankan di Beijing pada pagi 24hb November. Liu Yandong, Naib Perdana Menteri China dan Jean-Yves Le Drian, Menteri Luar Perancissebagai Pengerusi Mekanisme yang mewakili  negara masing-masing bersama-sama menyempurnakan mesyuarat tersebut dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Peng Long, Presiden Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU) turut hadir mesyuarat tersebut dan juga menghadiriMajlis Anugerah Pertandingan Bahasa Perancis CGTN yang pertama.

Dalam mesyuarat tersebut, Liu Yandong dan Jean-Yves Le Drian menandatanganiPerisytiharan Bersama.Dalam masa yang sama, mereka menyaksikan upacaramenandatangani tujuh dokumen kerjasama dalam bidang pertukaran kemanusiaan antara China dan Perancis. Antara dokumen tersebut ialah Perjanjian antara Ibu Pejabat Institut Kongzi dan Cawangan Perancis Sekolah Perniagaan Eropah ESCP tentang Pembangunan Kerjasama Institut Kongzi Perniagaan, Sekolah Perniagaan Eropah ESCP.

DalamMajlisAnugerah Pertandingan Bahasa Perancis CGTN yang pertama semasa mesyuarat dijalankan, Liu Yandong dan Jean-Yves Le Drian bersama-sama memberikan anugerah kepada Zhang Bisi, pelajar lulusan sarjana muda tahun 2015 daripada Jurusan Bahasa Perancis BFSU yang memenangi juara dalam pertandingan ini. Sebagai aktiviti sorotan dalam mesyuarat ini dan acara utama untuk orang China yang berbahasa bahasa Perancis di seluruh dunia. Pertandingan Bahasa Perancis ini bermatlamat untuk menggesa danmencari pelajarChina yang fasih berbahasa Perancis, mendorong pertukaran kebudayaan serta mengeratkan persahabatan antara China dengan negara dan daerah yang menggunakanbahasa Perancis diDunia. Selain Zhang Bisi, Zhang Shuwen, pelajar tahun kedua Jurusan bahasa Perancis BFSU jugamenduduki tempat ke-5 dan Ma Fangrong, lulusan sarjana tahun 2015 dari Jurusan MTI BFSU mendapat tempat ke-8.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC