UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

BFSU Telah Menjadi Peneraju Universiti China Menawarkan Seluruh Sepuluh Bahasa Rasmi yang Digunakan oleh Negara-negara ASEAN

Bermula dari musim gugur tahun 2017,  Jurusan Bahasa Filipina BFSU  mengalu-alukan kumpulan pelajar yang pertama. Jurusan Bahasa Filipina ini ditubuhkan bersama oleh dua orang pensyarah belia yang telah menperolehi ijazah doktor Bahasa dan Kesusasteraan Filipina. Pendaftaran pelajar jurusan ini menandakan BFSU telah menjadi universiti China pertama menawarkan program sarjana yang mencakupi seluruh sepuluh bahasa rasmi yang digunakan oleh ahli-ahli negara ASEAN iaitu Vietnam, Kamboja, Lao, Thai, Burma, Indonesia, Melayu dan Filipina. BFSU juga menawarkan kursus bahasa Jawa dan bahasa Sanskrit-Pali. Program-program ini menawarkan tahap pendidikan yang lengkap kepada pelajar kami, dari peringkat sarjana muda hingga peringkat ijazah doktor.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC