UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Kolej Beiwai dan Sekolah Pemerintahan Global ditubuhkan di BFSU

发布时间:2019-04-26

Pada 9 hb.April, satu upacara dijalankan di BFSU untuk menubuhkan dua sekolah yang baru – Kolej Beiwai dan Sekolah Pemerintahan Global. Sun Xueyu, Ketua Pengarah Pejabat Pengurusan Sumber Manusia yang di bawah Jabatan Pusat Parti Komunis China, Zhang Daliang, Ketua Jabatan Pendidikan Tinggi yang di bawah Kementerian Pendidikan, Han Zhen, Pengerusi Majlis BFSU dan Peng Long, Presiden BFSU melancarkan plak kedua-dua sekolah tersebut bersama-sama.

Kolej Beiwai ditubuhkan untuk membangunkan sistem pendidikan sumber manusia yang berkualiti tinggi dengan ciri-ciri BFSU yang unik, melalui menggabungkan kepakaran akademik dan sumber dari sekolah-sekolah dan jabatan-jabatan BFSU yang berbeza, mereformasi model pendidikan sarjana yang sedia ada, memperluas pemandangan akademik dan keupayaan pelajar sendiri dan mewujudkan persekitaran pembangunan yang komprehensif, terbuka dan pelbagai untuk pelajar kita. Ia memberi tumpuan kepada tiga tugas: untuk meneroka model pendidikan inovatif di peringkat sarjana muda, untuk membangunkan model latihan untuk sumber manusia yang menguasai pelbagai bahasa dan disiplin, serta menyediakan calon pelajar untuk Sekolah Pemerintahan Global.

Kolej Beiwai akan berkhidmat sebagai perintis bagi BFSU untuk meneruskan pembaharuan dan masuk dalam senarai universiti yang bergelar Dua Kelas Pertama di China dengan model pemujian dan pendekatan baru seperti ujian bebas kemasukan, sistem kredit akademik, pemilihan kursus antara jabatan yang beza, dan sistem pengurusan yang dinamik. Jika terbukti berkesan, model-model baru dan pendekatan akan diguna pakai oleh sekolah-sekolah dan jabatan BFSU lain.

Pembangunan Sekolah Pemerintahan Global berdasarkan pengalaman daripada projek perintis negara yang dijalankan oleh BFSU bertujuan meneroka model baru untuk menumbuhkan pelajar yang diperlukan dalam organisasi antarabangsa. Ini adalah usaha yang positif untuk BFSU untuk membaharui program siswazah dan mengambil bahagian dalam Dua Kelas Pertama di China . Sekolah ini akan berfungsi sebagai  platform yang memgabungkan pendidikan dan pengajaran,penyelidikan dan pengajian, serta pengumpulan sumber manusia. Ia bertujuan untuk membangunkan organisasi pengajian antarabangsa sebagai satu disiplin, dan melatih bakal  profesional untuk bekerja di organisasi antarabangsa. Sekolah ini berdasarkan tiga syarat yang berikut: a) sistem penasihat akademik; b) reka bentuk kurikulum dan pendidikan model yang inovatif; dan c) sistem pengurusan operasi yang baharu.

配图

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC