UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

PENGENALAN

发布时间:2019-04-26

KALENDAR AKADEMIK

terdapat dua semester dalam setiap tahun di bfsu, iaitu semester musim bunga dan semester musim gugur. semester musim gugur dianggap sebagai permulaan tahun akademik yang baharu, biasanya bermula pada awal bulan september dan berakhir pada pertengahan bulan januari. manakala semester musim bunga bermula pada akhir bulan februari dan berakhir pada pertengahan bulan julai. selain daripada itu, terdapat dua cuti semester dalam setiap tahun, iaitu cuti musim sejuk dan cuti musim panas. lazimnya cuti musim panas selama dua bulan, iaitu dari bulan julai sehingga bulan ogos. cuti musim sejuk lebih pendek, iaitu lazimnya empat minggu dan bersambung dengan cuti tahun baharu cina.

semasa cuti musim panas dan cuti musim sejuk, pihak universiti akan menawarkan sijil kursus bahasa mandarin jangka pendek sebagai sebuah program tanpa ijazah.

DEGREE PROGRAMS

1. program sarjana muda akan mengambil masa 4 tahun, anda mestilah melengkapkan kursus-kursus yang ditawarkan. menulis tesis akhir dan lulus peperiksaan lisan untuk mempertahankan tesis (viva).anda akan dianugerahkan ijazah sarjana muda jikalau memenuhi syarat-syarat berkenaan.

2. calon sarjana akan mengambil masa dua atau tiga tahun, tergantung kepada program yang bagi pelajar antarabangsa, kuliah dalam program ini akan diambil bersama-sama dengan pelajar-pelajar china. untuk mendapatkan sijil tamat pengajian dan ijazah sarjana, anda mesti melengkapkan semua kursus yang ditawarkan, menulis tesis akhir dan lulus peperiksaan lisan mempertahankan tesis (viva).

3. calon kedoktoran akan mengambil masa pengajian selama tiga tahun.untuk mendapatkan sijil tamat pengajian dan ijazah sarjana kedoktoran, anda mesti melengkapkan semua kursus yang ditawarkan, memperoleh pencapaian baik dalam akademik, menulis disertasi dan lulus peperiksaan lisan mempertahankan tesis (viva).

PROGRAM TANPA IJAZAH

1.program tanpa ijazah am: program tersebut akan mengambil masa setengah atau setahun, pelajar-pelajar boleh memohon untuk melanjutkan tempoh pengajian jika perlu. pelajar-pelajar akan dianugerahkan sijil tamat belajar apabila berjaya melengkapkan kursus-kursus bahasa madarin atau kursus-kursus lain yang ditawarkan, serta lulus peperiksaan.

2.program tanpa ijazah jangka pendek: setakat ini bfsu hanya menawarkan kursus dalam bahasa mandarin untuk pelajar-pelajar yang ingin mempelajari bahasa mandarin atau menyelami budaya china dalam tempoh yang singkat. sehubungan dengan itu, biasanya bfsu akan menawarkan tempoh kursus lapan minggu, kursus empat minggu dan kursus tiga minggu pada cuti musim panas, manakala hanya menawarkan kursus empat minggu pada cuti musim sejuk. penawaran kursus tersebut bergantung kepada permohonan setiap tahun. pelajar-pelajar hendaklah menghadiri kuliah dari hari isnin hingga hari jumaat. kuliah bahasa mandarin akan diadakan pada waktu pagi setiap hari, manakala kuliah budaya china akan diadakan pada waktu petang setiap hari. selain daripada itu, pelajar-pelajar akan menyertai aktiviti melancong dalam bandar beijing pada setiap minggu. pelajar-pelajar akan diberikan kad pelajar asing bfsu dan dianugerahkan sijil selepas tamat kursus.

APPLICATION AND ADMISSION PROCEDURES

1.permohonan:pemohon hendaklah mengemukakan dokumen permohonan dan memuat naik dokumen yang diperlukan secara atas talian (http://study.bfsu.edu.cn). anda dikehendaki menghantar permohonan dalam tempoh yang ditetapkan: biasanya, untuk semester musim gugur, tempoh permohonan dibuka dari pertengahan bulan april hingga awal bulan jun; untuk semester musim bunga, tempoh permohonan adalah dari pertengahan bulan oktober hingga awal bulan januari tahun berikutnya. pihak bfsu akan menilai permohonan dan memaklumkan kepada pemohon sekiranya memerlukan dokumen tambahan. pemohon boleh menyemak permohonan secara atas talian.

2.kemasukan:sebaik sahaja permohonan anda diluluskan, anda akan dimaklumkan dengan segera melalui surat kiriman pos. bersama-sama surat akan dilampirkan borang permohonan visa pelajar asing ke china (borang jw202) dan sepucuk surat tawaran kepada pelajar baharu serta dokumen-dokumen yang lain. proses pengiriman surat akan mengambil masa sekurang-kurangnya empat hingga lima minggu.

KEDIAMAN

bfsu menawarkan pilihan bilik-bilik asrama berbeza untuk pelajar antarabangsa yang ingin tinggal di kampus semasa pengajian mereka.

sekiranya anda tidak ingin tinggal di dalam kampus, anda perlu mendapat tempat penginapan anda sendiri. sebaik sahaja tiba, anda hendaklah melaporkan diri di balai polis tempatan. pihak polis akan mengeluarkan surat kebenaran kediaman (residence permits)yang akan digunakan apabila anda mendaftar di bfsu. semasa hari pendaftaran, anda dikehendaki memberikan surat berkenaan untuk menguruskan pendaftaran dan visa.

YURAN

JURUSAN

IJAZAH

YURAN

CAJ PERMOHONAN





Pendidikan Akademik




Bahasa Cina

Prasiswazah

12150RMB/Sem

22 150 RMB/Year

400 RMB


Pascasiswazah

27000RMB/Tahun

800 RMB

Jurusan Bukan Bahasa Cina

Prasiswazah

26000 RMB/Tahun

800 RMB


Pasca Siswazah

27 150 RMB/Tahun

800 RMB


Sarjana Dalam

Penterjemahan Dan Interpretasi (MTI)

30 000 RMB/Tahun

800 RMB


Doktor Falsafah

34 000 RMB/Tahun

800 RMB

Pengajian Tanpa Ijazah




Kursus Bahasa Cina

Kursus Jangka Pendek

11150RMB/Sem

21150RMB/Tahun

400 RMB

WELCOME TO OUR BFSU

ONLINE REGISTRATION

it doesn't take a genius to start and also can become the best person

CLICK HERE

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC