Pengenalan tentang BFSU

BFSU yang terletak di Jalan Utara Xisanhuan, Avenue Haidian Beijing mempunyai dua buah kampus masing-masing di sebelah timur dan barat Jalan Sanhuan. BFSU merupakan sebuah universiti yang berprestij di China dan ditadbir oleh Kementerian Pendidikan.BFSU juga tersenarai antara universiti terbaik di bawah projek 985 dan 211, kedua-dua projek ini merupakan sebuah program pembangunan universiti yang dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan. Setakat ini, BFSU adalah salah sebuah universiti bahasa yang tertua di China dan menawarkan pengajian bahasa yang paling banyak dalam pelbagai peringkat program pengajian.
Pada asalnya, BFSU ditubuhkan pada tahun 1941 dan dikenali sebagai Jabatan bahasa Rusia di Kampus Tiga Universiti Politik dan Tentera Anti-Jepun China ketika itu. Kemudian, dinamakan sebagai Sekolah Bahasa Aing Yan’an dibawah pemerintahan pusat parti Komunis.
Setelah Republik Rakyat China ditubuhkan, pengurusan sekolah ini diserahkan kepada Kementerian Luar Negeri. Namanya ditukar kepada Institut Bahasa Asing Beijing pada tahun 1954 dan digabungkan dengan Kolej Bahasa Rusia Beijing pada 1959.
Sejak tahun 1980, institut iniditadbir oleh Kementerian Pendidikan dan dinamakan sebagai Beijing Foreign Studies University pada tahun 1994. Pada masa kini, BFSUmempunyai 67 jenis program bahasa asing dan menawarkan program pengajian dalam pelbagai peringkat, termasuk pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Kedoktoran dalam bidang Bahasa dan Kesusasteraan Asing, Bahasa dan Kesusasteraan China, Kewartawanan dan komunikasi, Sains politik,Undang-undang, Pengurusan Sains dan Kejuruteraan.
Semenjak penubuhannya 74 tahun lalu sehingga kini, BFSU tetap dibangunkan selaras dengan keperluan pembangunan negara. Dengan konsep pengajaran ‘Terbuka, teristimewa dan menarik’serta moto‘ keterbukaan dan toleransi, berilmu dan amalan.’ BFSU telah menjadi pusat penting yang mengeluarkan 90 ribu orang siawazah berkualiti dalam bidang diplomasi, penterjemahan, perniagaan, penerangan, undang-undang, kewangan dan sebagainya. Contohnya di Kementerian Luar Negeri. Menurut statistik, alumni BFSU yang berkhidmat di Kementerian Luar Negeri ialah seramai 400 orang antaranya pernah menjawat jawatan duta besar. Di samping itu seramai 1000 orang pernah menjadi konselor. Dengan demikian, BFSU juga dikenali sebagai tempat melahirkan Diplomat Republik Rakyat China.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Pusat pertukaran dan komunikasi
Pejabat hal-ehwal pelajar antarabangsa
Pejabat Institut Kongzi
General Administration Office