Timbalan Menteri Pendidikan Syria Melawat ke BFSU

Pada 25hb November, Profesor Wang Dinghua, Pengerusi Majlis Universiti BFSU bertemu dengan Encik Farah Sulaiman Al.Mutlak, Timbalan Menteri Pendidikan Syria dan delegasinya.

Profesor Wang Dinghua mengalu-alukan kedatangan delegasi Encik Al. Mutlak dan memperkenalkan sejarah serta ciri-ciri pengajaran di BFSU. Beliau juga mengimbas kembali sejarah perkembangan Fakulti Bahasa Arab, sejarah komunikasi dan persahabatan antara China dan Syria. Di samping itu, beliau mengharapkan bahawa BFSU dan institut-institut pengajian tinggi di Syria boleh bekerjasama dalam bidang pengajian pendidikan serta pengajaran dan pengajian bahasa Arab.

Encik Al. Mutlak mengatakan bahawa tenaga pengajar bahasa Arab di Syria bermutu tinggi, maka kedua-dua pihak mempunyai potensi kerjasama yang amat besar. Beliau berasa gembira kerana diundang ke BFSU untuk menghadiri Forum Pendidikan Inisiatif Jalur dan Laluan ke-2. Beliau berharap boleh bertukar pandangan dengan ahli-ahli pendidikan dari negara-negara pesisir Inisiatif Jalur dan Laluan, di samping itu, mendalamkan pemahaman antara satu sama lain.

Forum Pendidikan Inisiatif Jalur dan Laluan merupakan forum antarabangsa bertaraf tinggi yang khas untuk ahli-ahli pendidikan dari negara-negara pesisir Inisiatif Jalur dan Laluan. BFSU menganjurkan sub-forum yang bertemakan “Pendidikan, Pemodenan dan Perkembangan Negara”. Terdapat lebih daripada 50 orang pakar dari 9 buah negara menyertai forum ini dan mengadakan perbincangan yang mendalam tentang empat tajuk, iaitu “modal insan, peningkatan ekonomi dan perkembangan negara”, “Pertumpuan dan Kebudayaan dalam Pendidikan Antarabangsa”, “Globalisasi, Penempatan dan Pemodenan” dan “Pengajian, Inovasi dan Perkembangan secara Berterusan”.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Pusat pertukaran dan komunikasi

https://international.bfsu.edu.cn/en/
Pejabat hal-ehwal pelajar antarabangsa

https://osao.bfsu.edu.cn/
Pejabat Institut Kongzi

https://kzxy.bfsu.edu.cn/
General Administration Office