Pemimpin-pemimpin BFSU menghadiri Mesyuarat Agung Institut KongZi Ke-13

Pada 4hb hingga 5hb Disember, Mesyuarat Agung Institut KongZi Ke-13 diadakan di ChengDu. Puan Sun Chunlan, Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Lembaga Institut KongZi menghadiri majlis perasmian dan menyampaikan ucapan. Mesyuarat agung tahun ini bertemakan “Inovasi Mendorong Perkembangan, Menerokai Masa Depan Bersama”. Terdapat dua buah forum yang temanya berbeza, lapan buah forum presiden-presiden universiti sama ada di dalam atau di luar negara dan 20 buah bengkel. Terdapat 1500 orang wakil dari 154 buah negara menghadiri mesyuarat tahun ini. Profesor Peng Long, Presiden BFSU dan Profesor Yan Guohua, Naib Presiden BFSU turut diundang untuk menghadiri mesyuarat ini. Tuan Chen Baosheng, Menteri Pendidikan selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Institut Kongzi menjadi juruacara dalam majlis perasmian.

Sudah empat kali BFSU memenangi anugerah “Institut Kerjasama Pihak China yang Unggul Institut Kongzi”. Timbalan Menteri Pendidikan, Tuan Tian Xuejun menyampaikan anugerah kepada Profesor Yan Guohua. Beberapa Institut Kongzi yang dianjurkan bersama oleh BFSU telah memenangi anugerah “Institut Kongzi yang Unggul”, iaitu Institut Kongzi Barcelona, Institut Kongzi Sapienza University of Rome dan Institut Kongzi Friedrich-Alexander-Universität Erlangen-Nürnberg.

 

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Pusat pertukaran dan komunikasi

https://international.bfsu.edu.cn/en/
Pejabat hal-ehwal pelajar antarabangsa

https://osao.bfsu.edu.cn/
Pejabat Institut Kongzi

https://kzxy.bfsu.edu.cn/
General Administration Office