Felix Mayer, Presiden University of Applied Languages Munich, Jerman melawat ke BFSU

Pada pagi 16hb November, Felix Mayer, Presiden University of Applied Languages Munich, Jerman melawat ke BFSU. Profesor Peng Long, Presiden BFSU bertemu dengannya dan menyampaikan sijil profesor pelawat kepadanya.’

Profesor Peng Long mengucapkan terima kasih kepada University of Applied Languages Munich atas sokongannya terhadap BFSU selama ini. Beliau juga menyanjung tinggi kerjasama antara kedua-dua universiti amnya, program latihan sarjana dalam bidang interpretasi serentak khususnya. Beliau berharap bahawa kedua-dua universiti bukan sahaja mendalamkan kerjasama dalam bidang interpretasi, kajian Jerman dan bidang yang lain, tetapi meluaskan ruang kerjasama dalam pemupukan pelajar dalam bidang politik, ekonomi, hubungan antarabangsa dan lain-lain.

Felix Mayer berterima kasih kepada BFSU kerana mengundangnya memberikan ucapan di Fakulti Bahasa-bahasa Jerman atas tujuan berkongsi ilmu tentang aplikasi teknologi dalam bidang interpretasi. Beliau berharap kedua-dua pihak terus mengukuhkan hubungan kerjasama dalam bidang pemupukan tenaga pengajar dan pelajar, kajian pengajaran dan pengurusan Institut Kongzi.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Pusat pertukaran dan komunikasi

https://international.bfsu.edu.cn/en/
Pejabat hal-ehwal pelajar antarabangsa

https://osao.bfsu.edu.cn/
Pejabat Institut Kongzi

https://kzxy.bfsu.edu.cn/
General Administration Office