Presiden Peng Long menghadiri Mesyuarat Ke-4 Mekanisme Pertukaran Kemanusiaan Peringkat Tinggi China-Perancis.

Mesyuarat Ke-4 Mekanisme Pertukaran  Kemanusiaan Peringkat Tinggi China-Perancis dijalankan di Beijing pada pagi 24hb November. Liu Yandong, Naib Perdana Menteri China dan Jean-Yves Le Drian, Menteri Luar Perancis sebagai Pengerusi Mekanisme yang mewakili  negara masing-masing bersama-sama menyempurnakan mesyuarat tersebut dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Peng Long, Presiden Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU) turut hadir mesyuarat tersebut dan juga menghadiri Majlis Anugerah Pertandingan Bahasa Perancis CGTN yang pertama.

Dalam mesyuarat tersebut, Liu Yandong dan Jean-Yves Le Drian menandatangani Perisytiharan Bersama. Dalam masa yang sama, mereka menyaksikan upacara menandatangani tujuh dokumen kerjasama dalam bidang pertukaran kemanusiaan antara China dan Perancis. Antara dokumen tersebut ialah Perjanjian antara Ibu Pejabat Institut Kongzi dan Cawangan Perancis Sekolah Perniagaan Eropah ESCP tentang Pembangunan Kerjasama Institut Kongzi Perniagaan, Sekolah Perniagaan Eropah ESCP.

Dalam Majlis Anugerah Pertandingan Bahasa Perancis CGTN yang pertama semasa mesyuarat dijalankan, Liu Yandong dan Jean-Yves Le Drian bersama-sama memberikan anugerah kepada Zhang Bisi, pelajar lulusan sarjana muda tahun 2015 daripada Jurusan Bahasa Perancis BFSU yang memenangi juara dalam pertandingan ini. Sebagai aktiviti sorotan dalam mesyuarat ini dan acara utama untuk orang China yang berbahasa bahasa Perancis di seluruh dunia. Pertandingan Bahasa Perancis ini bermatlamat untuk menggesa dan mencari pelajar China yang fasih berbahasa Perancis, mendorong pertukaran kebudayaan serta mengeratkan persahabatan antara China dengan negara dan daerah yang menggunakan bahasa Perancis di Dunia. Selain Zhang Bisi, Zhang Shuwen, pelajar tahun kedua Jurusan bahasa Perancis BFSU juga menduduki tempat ke-5 dan Ma Fangrong, lulusan sarjana tahun 2015 dari Jurusan MTI BFSU mendapat tempat ke-8.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Pusat pertukaran dan komunikasi

https://international.bfsu.edu.cn/en/
Pejabat hal-ehwal pelajar antarabangsa

https://osao.bfsu.edu.cn/
Pejabat Institut Kongzi

https://kzxy.bfsu.edu.cn/
General Administration Office