Majlis Perasmian Penubuhan Akademi Pengajian Perbandingan Tamadun dan Komunikasi Antara Budaya, BFSU

Pada pagi 6hb Disember, telah diadakan majlis perasmian penubuhan Akademi Pengajian Perbandingan Tamadun dan Komunikasi Antara Budaya, BFSU di Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing (BFSU). Penubuhan rasmi ditandai dengan acara pelancaran plak bersama oleh Presiden Persatuan Konfusian Antarabangsa Teng Wensheng, Pengarah Jabatan Sains Sosial Kementerian Pendidikan Zhang Gangdong, Pengerusi Majlis BFSU Han Zhen dan Presiden BFSU Peng Long.

北京外国语大学比较文明与人文交流高等研究院成立大会配图

Akademi ini ditubuhkan untuk menggalakkan pembangunan dalam fakulti seperti bahasa Cina, sejarah, agama, falsafah dan kesenian di BFSU, dalam usaha untuk membangunkan BFSU sebagai sebuah universiti bertaraf kelas pertama dengan fakulti kelas pertama. Berdasarkan prinsip saling mempelajari perbezaan antara tamadun, Akademi ini akan memanfaatkan kelebihan kepakaran pelbagai bidang bahasa BFSU, mengamalkan pendekatan antara budaya dan antara disiplin dalam pengajian ketamadunan, sejarah, agama untuk meneroka kepelbagaian ketamadunan di dunia serta kepentingan global tamadun China.

Mantan presiden Universiti Barat Laut Zhang Qizhi berfungsi sebagai presiden kehormat akademi, Pengerusi Majlis BFSU Han Zhen sebagai pengerusi jawatankuasa akademik, Presiden BFSU Peng Long sebagai pengerusi jawatankuasa pandu, dan Prof. Zhang Xiping sebagai presiden Akademi ini.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Pusat pertukaran dan komunikasi
Pejabat hal-ehwal pelajar antarabangsa
Pejabat Institut Kongzi
General Administration Office